Risalah Fikir (255) Bentuk Pesanan Kita Kpd Anak2 Kita Bagaimana ?

01-Aug-2003 17:11

Kembali memetik pesan Sariyy Saqtiyy roh.a. kpd Junaid :IN AMKANAKAAN-LAA TAKUUNA AALAATU BAITIKA ILLAA KHOZFAN FAF-`AL !!!
[Pengertiannya kira2 : JIKA MEMUNGKIN ENGKAU BAHAWA TIDAK ADALAH ALATRUMAHMU (PERABOT RUMAHMU)MELAINKAN YG BURUK2 ATAU YG ROBEK2 ATAU YGTEMBUS2 SAHAJA, MAKA LAKUKANLAH !!!].

Bila kita meneliti pesan Sariyy roh.a. itu, teringat kita pula kpdbagaimana pesan Sayyidinaa 'Ali karromalloohu wajhah kpdSayyidinaa 'Umar r.a. (dipetik dibawah ini drp RF 34 yg lalu):

Dan telah mengeluarkan Al-Baihaqi drp 'Ali bin Abi Talib r.a bahawabeliau r.a. telah menasihati 'Umar r.a. [mafhumnya: "Wahai Amiiral Mu'miniin! Andainya anda mahu pertemuananda dan pergaulan anda dgn dua sahabat anda itu (iaitu Rasuulullaahsaw dan Sayyidina Abu Bakar r.a.) (di akhirat nanti) menggembirakananda, maka:

[1] Pendekkanlah angan2/cita2/wawasan2 (keduniaan ) anda.
[2] Dan makanlah tanpa kenyang.
[3] Dan pendekkanlah/singkatkanlah izaar anda.
[4] Dan tambalkanlah/tampalkanlah qomiis/baju anda.
[5] Dan jahitlah/tampallah kasut anda.
(Kiranya anda telah melaksanakan 5 syarat ini) maka anda akan bertemudan bergaul dgn mereka berdua nanti."]

Demikianlah dinyatakan di dlm kitab Al-Kanz (8:219).
Dan sehubungan dengan ini teringat juga kita kepada jawapan Nabi sawkpd Sayyidinaa 'Umar r.a. ketika beliau r.a. masuk berkunjung kpdRosuulullooh saw di mana ketika itu Baginda saw telah berada di atastikar yg kasar sehingga berbekas rusuk Baginda saw yg mulia akibatkesan drp tikar kasar itu, lalu beliau r.a. menangis bila melihatkankeadaan Baginda saw itu.Baginda saw bertanya :Apakah yg menyebabkan engkau menangis,wahai 'Umar ?!Terang 'Umar r.a. (mafhuumnya) : (Aku menangis kerana) akuteringatkan (bagaimana)Kisroo dan Qoisor begitu hidup penuh dengankemewahan dunia walhal tuan adalah Rosuulullooh saw (Pesuruh Alloohswt)(hidup penuh kesusahan / kemiskinan) sehingga berbekas rusuk dibadan yg mulia akibat kesan drp tikar yg keras / kasar itu !Baginda saw menjawab (mafhuumnya): " U-LAA-IKA QOUMUN 'UJJILAT LAHUMTOYYIBAATUHUM FII HAYAATIHIMUD-DUNYAA WA NAHNU QOUMUN UKHKHIROT LANAATOYYIBAATUNAA FIL-AAKHIROH !" [Pengertiannya: "MEREKA ITU ADALAHSUATU QOUM YANG MANA DISEGERAKAN BAGI MEREKA AKAN KEBAIKAN2 /KELAZATAN2 / KEBAGUSAN2 MEREKA DI DALAM KEHIDUPAN DUNIA MEREKA INIDAN KITA PULA ADALAH SUATU QOUM YANG MANA DITANGGUHKAN BAGI KITA AKANKEBAIKAN2 / KELAZATAN2 / KEBAGUSAN2 KITA DI AKHIROT !!"]

Ringkasnya, pesan Sariyy roh.a. kpd Junaid roh.a., dan pesan 'Alir.a. kpd 'Umar r.a. serta jawapan dan penerangan Baginda saw itusemuanya sehaluan belaka.

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my