Rahsia Alamat

01-Aug-2003 17:11
RAHSIA ALAMAT PERGERAKAN TUBUH

Orang dahulu kala memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat. Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui.Tetapi yg pasti orang tua dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatiannya dan juga melalui pengalaman-pengalamannya yg lalu.Mungkin disebabkan banyak kebetulan yg berlaku membuatkan mereka mempercayai setiap alamat. Di sini diperturunkan beberapa petanda yg berhubungkait dengan pergerakan tubuh kita.

Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah utk dipercayai semata-mata.


Pergerakan Tubuh Alamat

Kelopak mata kanan bergerak
beroleh keamanan.

Kelopak mata kiri bergerak melihat perempuan

Kelopak mata kiri bergerak dari atas
ada org akan berjalan jauh.

Kelopak mata kiri dibawah bergerak
hendak menangis

Ekor mata kanan bergerak
menerima kedatangan orang jauh.

Ekor mata kiri bergerak-gerak
mendapat sedikit kepayahan.

Biji mata kanan bergerak-gerak .
akan menangis dalam bercinta

Biji mata kiri bergerak-gerak
gembira dihati

Umbun bergerak
berbahagia pada hari tersebut

Kening kiri bergerak-gerak .
beroleh kelapangan

Bibir bawah bergerak .
akan menangis.

Waktu subuh kepala kita bergerak
beroleh kerja yang baik.

Siku kanan bergerak-gerak
beroleh kebahagiaan.
Siku kiri bergerak-gerak
org yg mengasihi kita akan datang

Pelipis telinga bergerak
alami kebahagiaan.

Telinga bergerak akan berkelahi.

Kepala bergerak
ada orang menyakiti hati kita.

Kepala bergerak ke kiri beroleh kebesaran.
Bahu kanan bergerak-gerak harta hendak datang.

Bahu kiri bergerah-gerak bakal berjumpa pembesar/ketua.

Lengan kanan bergerak-gerak akan sakit kepala.
Lengan kiri bergerak-gerak beroleh harta.

Pipi kanan bergerak-gerak
alamat sakit mata.

Pipi kiri bergerak-gerak
sentiasa bahagia.

" WHETHER IT'S THE BEST OF TIMES OR THE WORST OF TIMES, IT'S ONLY THE TIME WE'VE GOT"

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my