Terkini  Popular    Mula Topik

Baca,fahami Dan Hayatilah Alquran Secara Menyeluruh Memperkenalkan Syamil Al-quran The Miracle 15 D

2010-11-12 12:56:02
Oleh
Zaini
1. AL-QURAN TERJEMAH PER KATA

Syamil Al-Quran Terjemah Per Kata memparkan erti dalam bahasa untuk setiap perkataan dalam Al-Quran yang diletakkan betul-betul di bawah perkataan arab tersebut. Ia berfungsi sebagai Al-Quran tarbiyyah, membantu anda memahami maksud ayat-ayat Al-Quran, membimbing anda untuk belajar bahasa Al-Quran dan memudahkan anda menguasai bahasa Al-Quran.

Kelebihan yang akan anda prolehi ialah anda akan cepat memahami erti-erti ayat demi ayat yang sedang dibaca walaupun anda tidak membaca terjemahannya secara langsung. Ini kerana di dalam Al-Quran terdapat banyak perkataan yang berulang-ulang.

Selain itu, Al-Quran per Kata dilengkapi dengan pewarnaan tajwid yang memudahkan anda memahami ilmu tajwid melalui warna-warna tersebut.
2. PENTERJEMAHAAN JABATAN AGAMA

Terjemahan Al-Quran ini adalah versi terbaru yang rasmi daripada Jabatan Agama RI yang merupakan rujukan utama penterjemahaan utama Al-Quran. Penterjemahan ini dinilai secara teliti dan cermat oleh Kumpulan Lajnah Pentashih Mushaf Al-Quran yang dimulakan pada tahun 2004. Terjemahan ini memberikan kemudahan bagi anda untuk memahami maksud setiap ayat yang anda baca.
3. TAJWID MENGGUNAKAN SISTEM QUANTUM READING QURAN

Metod pewarnaan tajwid yang digunakan oleh Syamil Al-Quran merupakan metod yang praktikal dan sistematik. Hal ini kerana:

1. Menggunakan Khat Resam Uthmani, yang bagus dan rapi, dan telah disesuaikan mengikut piawai Jabatan Agama RI.

2. Pewarnaan tajwid hanya menggunakan 4 warna iaitu biru, merah, hijau, dan hitam.

3. Setiap warna mempunyai fungsi yang berbeza yang dapat membantu anda membaca ayat-ayat Al-Quran secara tartil dan betul.

4. Dengan kesekataan warna tersebut, ia memudahkan dalam pembacaan yang sesuai dengan ilmu tajwid.

5. Pewarnaan tajwid tersebut menggunakan prinsip-prinsip Quantum Learning.
4. PANDUAN HUKUM TAJWID

Panduan hukum tajwid ini diletakkan pada setiap halaman.

Tujuannya untuk mempermudahkan anda melihat kembali aturan tajwid Quantum Reading Quran, sehingga anda dapat membaca Al-Quran secara tartil sesuai dengan contoh yang diamalkan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam.

DAPATKAN KETERANGAN LANJUT MENGENAI QURAN INI DI WEBSITE INI :-

http://www.syamilquranthemiracles.com/index.php?ref=Quran4u

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my