Terkini  Popular    Mula Topik

Astro: Liputan Bersih Bbc Dipotong Mengikut Garis Panduan Tempatan

2012-05-02 11:46:06
Oleh Clara Chooi



May 02, 2012











Penunjuk perasaan ditunjukkan berlari daripada tembakan meriam berapi pada 28 April lalu. — Gambar oleh The Malaysian InsiderKUALA

LUMPUR, 2 Mei — Astro mengaku memotong liputan Bersih 3.0 oleh

Perbadanan Penyiaran British (BBC) tentang Bersih 3.0 namun melahirkan

rasa kecewa dengan saluran berita global itu kerana gagal memahami Astro

berbuat demikian untuk mematuhi garis panduan tempatan.

Naib Presiden Kanan Operasi siaran Astro Rohaizad Mohamed menjelaskan kepada The Malaysian Insider

bahawa klip 2:16 minit itu telah dipotong mengikut peraturan kandungan

kebangsaan. Walau bagaimanapun, klip itu mengandungi rakaman Ketua

Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada pemberita.

Rohaizad tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai garis panduan yang

diikuti tetapi berkata bahawa Astro berhak untuk "mengedit" kandungan

daripada pembekal antarabangsa dan saluran di mana patut.

"Kami terkejut dan agak kecewa bahawa rakan penyiaran sekian lama

kami, BBC, apabila mengeluarkan kenyataan, tidak mengambil kira

kewajipan Astro untuk mematuhi peraturan kandungan tempatan," eksekutif

kanan Astro berkata dalam satu kenyataan malam tadi .

Dalam satu kenyataan di e-mel kepada The Malaysian Insider pada hari

Isnin malam, BBC mengadu tentang penapisan Astro yang dibuat atas

liputan ringkas perhimpunan hari Sabtu lepas yang menyaksikan polis

tempatan menembak gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan

penunjuk perasaan.

"Kami amat mengutuk mana-mana sekatan berita boleh dipercayai yang

kami siarkan di seluruh dunia termasuk melalui rakan kongsi pengedaran,"

kata jurucakap BBC dalam kenyataan itu.

Penyiar perkhidmatan awam British menambah bahawa ia telah membuat

"pertanyaan mendesak" kepada Astro untuk mencari sebab-sebab untuk

menyensor liputan dua minit protes itu.

Menurut pautan YouTube dalam satu kenyataan, liputan BBC Bersih 3,0

telah dipendekkan oleh beberapa saat untuk mengecualikan klip temu bual

pendek dengan dua penunjuk perasaan.

Video yang menunjukkan perbezaan di antara laporan asal BBC dan disiarkan di saluran Malaysia boleh dilihat di sini: www.youtube.com/watch?v=yTGogMq9NZ0

Dalam wawancara yang pertama yang ditapis, seorang lelaki, dipercayai

berbangsa Cina, telah memberitahu BBC bahawa polis mengambil tindakan

tanpa provokasi pada penunjuk perasaan walaupun berlakunya usaha untuk

berunding.

"Mereka melepaskan tembakan ke arah kami dan bukannya berkata maaf,

kita tahu ia adalah satu tembakan tidak sengaja, mereka menembak lagi

bila baru nak berbincang dan berdamai dan berunding tetapi mereka terus

menembak kami," katanya, yang merujuk kepada gas pemedih mata yang

dilepaskan ke arah penunjuk perasaan.

Dalam temu bual seterusnya, seorang lelaki India telah menjelaskan

sebab beliau menyertai perhimpunan tersebut iaitu untuk pilihanraya yang

bebas dan adil, perhimpunan yang telah bertukar menjadi ganas mulai

hampir 03:00pm pada hari Sabtu.

"Saya ke sini untuk melihat berlakunya pilihanraya yang bebas dan adil. Itu saja.

"Kami mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bebas dan bersih. Pada

masa ini, ia tidak bersih. Okey? Jadi saya perlu berdiri di sini kerana

ini adalah hari penentu masa depan untuk rakyat Malaysia," katanya, di

tengah-tengah latar belakang beratus-ratus peserta lain di hadapan

tambak di sekitar Dataran Merdeka.

Pengendali TV tempatan juga telah memotong bahagian lain laporan BBC,

yang menunjukkan adegan yang diambil dari atas trak meriam air polis

rusuhan yang melepaskan tembakan air kimia-berbaur pada penunjuk

perasaan.

Sebahagian daripada kata-kata BBC koresponden Emily Buchanan juga

turut dipotong bersama-sama dengan klip menunjukkan tempat kejadian.

"Ia kurang jelas bagaimana keganasan bermula," beliau berkata di bahagian klip yang disiarkan.

"... Tetapi selepas perhimpunan tersebut telah diisytiharkan Berjaya

dan orang ramai mula pulang ke rumah, banteng telah dirempuh ...,"

katanya dalam bahagian yang ditapis.

"... Dan pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata pada orang ramai," sambung beliau.

Ini bukan kali pertama penapis tempatan telah menghadkan liputan media protes Bersih di Malaysia.

Berikutan perhimpunan terakhir pihak pemantau pilihan raya Julai 9,

penapis telah mengelapkan keseluruhan bahagian artikel dalam The

Economist, yang berkata pengendalian Putrajaya yang disifatkan

keterlaluan.

Artikel bertajuk "Dibersihkan - suatu tindak balas kerajaan yang

keterlaluan kepada perhimpunan pembangkang" telah menceritakan huru-hara

pada 9 Julai apabila polis melepaskan bahan kimia untuk menyuraikan

berpuluh-puluh ribu yang telah berkumpul untuk menuntut pembaharuan

pilihan raya.

Antara bahagian yang digelapkan keseluruhannya menyebut tindakan

berat polis dan tuduhan-tuduhan bahawa kerajaan telah menarik balik

tawaran kepada penunjuk perasaan untuk menggunakan stadium untuk

perhimpunan tersebut.

Kementerian Dalam Negeri juga telah menggunakan dakwat hitam untuk

menghapuskan bahagian-bahagian artikel yang menyebut kematian seorang

penunjuk perasaan dan dakwaan penembakan bahan kimia ke dalam

perkarangan Hospital Tung Shin.

Perhimpunan yang disokong pembangkang Sabtu lalu, Bersih ketiga sejak

2007, telah mendapat liputan negatif dalam media asing, di mana ramai

yang meramalkan tindak balas yang mungkin bagi pentadbiran Najib.

Menurut BBC, "walaupun sambutan yang diberikan itu besar-besaran,

kerajaan nampaknya tidak mengingini perubahan dan dengan kemungkinan

berlakunya pilihanraya bulan Jun, terlalu awal untuk pembaharuan yang

besar untuk membawa kesan.

"Ini bermakna banyak lagi pertempuran politik akan datang."

 http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/astro-liputan-bersih-bbc-dipotong-mengikut-garis-panduan-tempatan/







Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my