Terkini  Popular    Mula Topik

Program Wakaf Jam Digital Waktu Solat

2012-06-07 11:21:12
Oleh
Hafiza
Assalamualaikum W.B.T,Dimaklumkan bahawa, YAYASAN MUSLIMIN MALAYSIA BERHAD dengan kerjasama PERFECT TIME SOLUTION (pembekal jam solat) telah melancarkan PROGRAM WAKAF/KUTIPAN SUMBANGAN JAM DIGITAL WAKTU SOLAT.Program ini bertujuan untuk memperkemaskan kelengkapan institusi masjid dan surau, dengan cara membantu memaksimakan pemilikan dan penggunaan jam digital waktu solat di masjid dan surau di seluruh Negara yang masih belum ada di samping menggantikan mana-mana jam yang sudah uzur. Ini kerana masih terdapat surau/masjid yang belum memiliki jam tersebut atas sebab kewangan atau mereka ingin menukar jam lama yang telah uzur. Dianggarkan sebanyak lebih dari 30,000 unit jam diperlukan untuk program ini.Oleh itu, marilah kita bersama-sama membantu dalam menjayakan program ini.*maklumat lanjut layari: http://wakafjamsolat.blogspot.comHubungi: 012-4220066 (Hj Nadzir)"Apabila mati seorang anak Adam itu...maka akan terhenti segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu; sedekah jariah, ilmu yang berguna dan doa anak-anak yang soleh"

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my